titik di antara titik-titik

May 12

[video]

“I can’t give you anything, I only give you knowledge”

ANTON VANKO,ironman2

” —

Jepun 3,Malaysia 2….kebangkitan Meiji di Malaysia….

Kita semua tahu apa itu Gerakan Meiji….gerakan pembaharuan Jepun menaikkan mereka menjadi kuasa besar dan akhirnya memberi malapetaka kepada kita di Tanah Melayu….itu cerita perang,hampir 69 tahun yang lalu…..

Dan semalam,saki baki bangsa Meiji bangkit kembali…mencabar kuasa dunia,malah membenam kuasa dunia tersebut…..hebat sungguh bangsa matahari terbit tersebut….Pasukan Jepun bukanlah pasukan pilihan….ditambah dengan keyakinan yang agak tinggi,Malaysia merupakan pilihan utama kerana bertanding di tempat sendiri….seteru utama negara bukanlah Jepun,tetapi China….namun,dalam sukan semuanya mungkin….nak buat macam mana?rezeki secupak takkan jadi segantang….

Ápa2pun,Malaysia masih lagi berpeluang untuk ke peringkat akhir….namun perjalanan selepas ini ternyata akan lebih sukar,setelah hilang status pasukan pilihan….

Dan,Meiji kini telah bangkit,menjadi Kuasa Badminton dunia…

IRONMAN II : PROPAGANDA PERANG DINGIN DI ERA PERANG SIBER….

Baru2 ni aku dengan Along dan adik-adik pergilah Galaxy Ampang,hari first day Iron Man II keluar. Jalan cerita Iron Man 2 ni okaylah,sama macam yang first punya.,tapi apa yang kurengnya,filem yang nombor dua ni lebih banyak cakap2 daripada aksi,macam satu kekurangan untuk genre superhero seperti ini. Part aksi tak silap aku ada 3@4 je…..masa kat litar lumba,masa befday parti dan last sekali masa dekat pameran Stark tu….

Namun,apa yang menarik mengenai cerita ini adalah kebolehan pengarah dan pembuat cerita ini untuk memasukkan propaganda mereka dalam cerita ini…tengoklah,penjahat pun diorang beri pada orang Russia,satu negara “musuh” amerika walaupun kononnya mereka dah berbaik….Ivan Vanko,penjahat dalam cerita tu,orang Rusia…..apa yang pasti mereka hendak sampaikan satu mesej;Rusia dan US mungkin sama hebat dalam teknolgi,tapi US menggunakannya untuk keamanan,tetapi Russia sebaliknya…Malah cerita ini turut mengejek Korea Utara dalam sidang video di mana Hammer dan Korut cuba meniru sut ironman….tapi itulah filem,perekanya bebas mencorak skrip dan jalan cerita mereka…..walaupun kadangkala ada filem2 yg melampau,bersikap ekstremis dan fanatik…..

Kita sebenarnya ternanti2 bilakah agaknya produser filem kita mampu mencipta filem sebegini atau sekurang2nya mengangkat Malaysia sebagai hero dunia?nampak macam x logik,tapi inilah realiti filem,fantasi kadang2 mengatasi realiti….

Tahniah Chelsea,MU Arsenal Liverpool cube lagi….

Masih belum terlambat bagi aku untuk mengucapkan syabas pada Chelsea.Menang kalah adat bertanding,tapi apa yang pasti menang pasti akan dijunjung kalah pula yang cuba berlindung.Aku bukanlah peminat Chelsea,apatah lagi hendak menyokong Chelsea.Tapi,apa yang membuka mata aku untuk bercakap tentang Chelsea adalah apabila Chelsea membenam Wigan 8 gol kosong!Mak aih….patut la fans2 MU mempertikai….terdengar2 juga orang bercakap,berapa banyak Chelsea bayar pada Wigan ye?

Apapun,tahniah buat Chelsea…hmmm…nak mengharap Liverpool menang,bilalah agaknya ya?